Wednesday 7 March 2012

pandangan itu lagi

aku benci perasaan ini
perasaan rasa tidak dihargai
tidak dikagumi
membuatkan aku jatuh sedikit demi sedikit

kenapa??
aku juga mencari jawapannya

air mata jatuh setiap kali memikirkannya
air mata yang tidak dapat dilihat
tapi dirasa di lubuk hati

kenapa aku diperlaku sedemikian
kadang kala aku juga memerlukan suatu pujian
bukan untuk berbangga diri
tapi untuk motivasi diri
bahawa aku juga boleh melakukannnya

tapi,aku tak dapat semua itu
walau sebagus mana prestasiku
dan bila prestasi aku merundum
aku dimarahi
dipandang serong oleh mereke

bertambah sedih hatiku ini
tiada yang memberi kata semangat
seperti mana aku dapat dahulu
hanya pandangn itu yang aku terima

pandangan itu lagi
sedang membunuhku perlahan-lahan
menikamki bertubi-tubi
melemaskanku dalam kekecewaan

arhhhhhhhhhhh

aku menjerit sekuat hati
tapi tiada yang dengari
tiada yang kasihani
tapi hanya memberi pandangan itu lagi

Ya Allah
Kaulah tempat aku berlindung dan mengadu
tolonglah hambamu ini dalam mengatasi dugaanMu
ampunkan aku
bila susah baru aku akan teringatkanMu

2 comments:

  1. Pernah rasa apa yang kmu rasa.
    Pernah fhm perasaan tu satu ketika dulu.
    Tabahlah saudari, Allah sentiasa mndengar.
    Jgn jtuh, tempuh dengan tabah. Mudah2han Allah nampak usaha keras kita untuk Dia..
    Be strong!

    ReplyDelete