Monday 19 March 2012

menangis


aku menangis lepas call mak aku..suara mak lain..macam orang tak sihat..aku tanya,tapi dia tak nak mengaku..aku faham,dia tak nak aku risau..dia tak nak ganggu pelajaran aku kat sini..memang adik tengah risau mak..nak jer adik beli tiket bas sekarang dan balik..adik risau sangat..memang kat depan mak adik tak tunjuk adik risau..adik buat-buat kuat untuk mak..mak jangan risau,bila besar nanti adik jaga mak..

aku menyesal tak belajar rajin2 dari mula..sekarang nak dekat final..Allah dah tunjuk aku sebab untuk aku belajar rajin..demi keluarga aku..demi mak..ya,demi mak..mak sanggup berhabis duit aku..mak sanggup buat apa sahaja untuk aku..YA ALLAH,kuatkan semangat aku..demi mak ayah aku..tapi mak maafkan adik tak dapat jadi doktor..yang boleh merawat mak satu hari nanti..adik tak sanggup nak hadapi kematian depan mata adik setiap hari..adik tak sanggup nak fikir macam mana kalau mak takde nanti..ayah??abang??kakak??semua tinggalkan adik..biarlah adik jadi selain doktor..adik takut adik terlalu merawat orang lain sampai tak ade masa untuk mak..


MAK..
ampunkan dosa adik..doakan kejayaan adik..doakan adik menang di medan peperangan nie..adik yakin adik mampu..doakan adik ya mak..kalaulah adik boleh putar masa nie..adik nak belajar rajin2..

menyesal tak guna kalau tindakan tak ada..aku sedang mencuba..aku sedang bertarung dengan nafsu aku yang ada 9 nie..facebook dan twitter aku dah deactive..sedang mencuba untuk bertarung dengan setan yang sentiasa hasut diri..tolong bantu aku kawan..bantu aku menang di medan perang..

p/s :maaf kalau aku ada salah kat sesiapa..aku hanya manusia biasa..tolong maafkan aku..doakan kejayaan aku.. terima kasih untuk segalanya..

No comments:

Post a Comment