Wednesday, 29 February 2012

tolong aku!!!!


aku benci pandangan itu..
pandangan yang buat aku tak yakin pada diri sendiri..
kalau dulu aku tak endah..
sekarang aku kisah..


dia kacau hidup aku..
dia buat keyakinan aku lari dari aku..
dia buat aku sentiasa berasa kecewa..
sentiasa tak selesa..

kau tak ada keje lain ke selain ikut aku 24 jam?
dalam bilik,dalam kelas..
tepi jalan,tengah jalan..
semua tempat kau ikut aku..

aku benci..
tolong jauh dari aku..
tolong nyah dari situ..
kau sangat tidak membantu..

kau ibarat kutu yang bawa penyakit..
ibarat nyamuk penyebab denggi..
ibarat kotor penyebab cirit..
yang bawa keburukan tanpa kebaikan..

macam mana aku nak halau kau?
macam mana nak buat kau bosan dengan aku?
macam mana nak buat kau tidur walau sesaat?
macam mana?

kalaulah aku ada jawapannya..
tak perlu aku tertanya-tanya..
tak perlu aku sengsara..

tolong migrasi pada orang lain pula..
aku juga perlu berasa dihargai..
berasa dipandang tinggi..
berasa dihormati..

bukan dikutuk.
dipandang serong..

kerana aku juga pandai sakit hati..
dan pandai menyakiti..
aku tak nak lebih dibenci nanti..
tolong aku..

tolong kembali keyakinanku..
tolong aku untuk hadapi detik-detik akhir dekat matrik nie..
aku sudah hilang punca..
hilang keyakinan terhadap diri sendiri..




5 comments:

  1. bukan lah makcik..ada jugak aku pelangkung kang..

    ReplyDelete
  2. hihi. nak trsa sikit pun tabole. pujuk lah sy pleaseee :B

    ReplyDelete