Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Saturday, 7 April 2012

terasa

sekarang gunung berapi aku sedang menggelegak..apasal??sebab manusia yang dulu kami sangat la rapat..aku ketepikan buku dan buka blog kesayangan aku untuk aku luahkan perasaan ini..tak sanggup aku menangis sorang2 bila masa sekarang sudah sangat menyakitkan hati..laju tangan aku berjalan menaip satu persatu kata-kata ini..

wahai manusia yang itu,
ko pernah pikir kenapa aku tiba-tiba nak rasa jeles pasal benda tu??
ko pernah tanya hati ko asal aku tiba2 nak emo pasal benda tu??
yang ko tahu marah hati ko..
ko tak pernah nak terlintas ke kat fikiran ko pasal perasaan aku..
kalau dulu aku tak ada sebab nak benci ko bila ko start jauh daripada aku..
dan sekarang aku dah ada sebab itu untuk benci ko wahai 'kawan'..
dan terima kasih untuk doa kau itu..
kalau mulut kau tu masin insyaAllah tak lama lagi akan termakbul doa kau wahai 'kawan'..
menangis aku bila baca doa kau yang satu tu..
bukan terharu tapi pilu..
sampai macam tu sekali benci kau pada aku hanya sebab yang kecil itu..
tak mengapa tak perlu mintak maaf pada aku..
aku dah lama maafkan kau..
kalau aku kat tempat kau pasti aku pun akan meletup..
tapi insyaAllah aku tak doakan kau begitu..
kejamnya aku kalau sebegitu doaku padamu..

ya,benda tu aku yang reka sendiri lepas aku lihat gambar ko di muka buku..
tak ada sesiapa yang fitnah kau..
tak ada sesiapa yang bagi tahu aku..
aku yang mereka cipta cerita itu..
dan aku cemburu melihatnya,kau tahu!!!
eh kau tak tahu.
yang kau tahu hanya doakan aku sebegitu..
tak apa,semua salah aku..
btw terima kasih sebab sudi berbaik dengan aku walau tak sampai sehari
selepas bertahun2 kita tak bertegur sapa..
terima kasih sekali lagi wahai 'kawan'..

Wednesday, 7 March 2012

pandangan itu lagi

aku benci perasaan ini
perasaan rasa tidak dihargai
tidak dikagumi
membuatkan aku jatuh sedikit demi sedikit

kenapa??
aku juga mencari jawapannya

air mata jatuh setiap kali memikirkannya
air mata yang tidak dapat dilihat
tapi dirasa di lubuk hati

kenapa aku diperlaku sedemikian
kadang kala aku juga memerlukan suatu pujian
bukan untuk berbangga diri
tapi untuk motivasi diri
bahawa aku juga boleh melakukannnya

tapi,aku tak dapat semua itu
walau sebagus mana prestasiku
dan bila prestasi aku merundum
aku dimarahi
dipandang serong oleh mereke

bertambah sedih hatiku ini
tiada yang memberi kata semangat
seperti mana aku dapat dahulu
hanya pandangn itu yang aku terima

pandangan itu lagi
sedang membunuhku perlahan-lahan
menikamki bertubi-tubi
melemaskanku dalam kekecewaan

arhhhhhhhhhhh

aku menjerit sekuat hati
tapi tiada yang dengari
tiada yang kasihani
tapi hanya memberi pandangan itu lagi

Ya Allah
Kaulah tempat aku berlindung dan mengadu
tolonglah hambamu ini dalam mengatasi dugaanMu
ampunkan aku
bila susah baru aku akan teringatkanMu

Wednesday, 29 February 2012

tolong aku!!!!


aku benci pandangan itu..
pandangan yang buat aku tak yakin pada diri sendiri..
kalau dulu aku tak endah..
sekarang aku kisah..


dia kacau hidup aku..
dia buat keyakinan aku lari dari aku..
dia buat aku sentiasa berasa kecewa..
sentiasa tak selesa..

kau tak ada keje lain ke selain ikut aku 24 jam?
dalam bilik,dalam kelas..
tepi jalan,tengah jalan..
semua tempat kau ikut aku..

aku benci..
tolong jauh dari aku..
tolong nyah dari situ..
kau sangat tidak membantu..

kau ibarat kutu yang bawa penyakit..
ibarat nyamuk penyebab denggi..
ibarat kotor penyebab cirit..
yang bawa keburukan tanpa kebaikan..

macam mana aku nak halau kau?
macam mana nak buat kau bosan dengan aku?
macam mana nak buat kau tidur walau sesaat?
macam mana?

kalaulah aku ada jawapannya..
tak perlu aku tertanya-tanya..
tak perlu aku sengsara..

tolong migrasi pada orang lain pula..
aku juga perlu berasa dihargai..
berasa dipandang tinggi..
berasa dihormati..

bukan dikutuk.
dipandang serong..

kerana aku juga pandai sakit hati..
dan pandai menyakiti..
aku tak nak lebih dibenci nanti..
tolong aku..

tolong kembali keyakinanku..
tolong aku untuk hadapi detik-detik akhir dekat matrik nie..
aku sudah hilang punca..
hilang keyakinan terhadap diri sendiri..